Sudahkah anda membaca

Terma dan Syarat

Terma dan Syarat


Mohon anda baca Terma dan Syarat ('Terma', 'Terma Servis') ini sebelum menggunakan web TudungLabuh.com.my ( 'TLC' ) yang diuruskan Galeri Solehah ('GS')

Penggunaan dan pembelian di TLC bermaksud anda menerima dan bersetuju dengan semua Terma kami. Terma ini digunapakai untuk semua pelawat, dan pembeli di TLC. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan sebarang Terma Servis kami, mohon elakkan dari mengguna servis TLC.

Polisi Am

  • Semua pengeposan boleh dijejak dan nombor tracking akan diberi setelah bungkusan dipos keluar. Order bercampur mungkin mempunyai lebih dari satu nombor tracking dan dipos berdasarkan kesediaan.
  • * Pengeposan hari bekerja seterusnya hanya untuk Order biasa dan tidak termasuk Pre-Order


  • * Semua Pre-Order mengambil masa paling lewat 5 hari bekerja untuk disediakan sebelum barangan dipos
  • Kami berusaha sebaik mungkin untuk sentiasa mengemaskini status stok. Namun sekiranya terjadi stok habis dikala bayaran telah diterima, anda boleh menukar kepada item lain yang sama harganya, atau kami akan pulangkan bayaran anda.


Klik pada gambar untuk membaca terma sepenuhnya termasuk caj Poslaju
  • Semua pengeposan dalam Malaysia menggunakan Poslaju Malaysia
  • Penghantaran mungkin akan mengambil masa lebih lama sebelum dan selepas musim perayaan.
  • Sebarang kelewatan di pihak Poslaju ada diluar kawalan kami. Kami sedia membantu anda berhubung dengan pihak Poslaju, sila hubungi kami.
  • Bungkusan yang dipulangkan kepada kami kerana alamat yang silap diberikan mahupun barang tidak dituntut, caj pengeposan tambahan akan dikenakan sebelum kami menghantar semula bungkusan tersebut.
Klik pada gambar untuk membaca polisi pemulangan sepenuhnya



  • Pemulangan hanya diterima sekiranya kesilapan kami (saiz/warna) atau item rosak (barangan CLEARANCE atau SALE tidak boleh dipulangkan
  • Kami berhak untuk tidak menerima pemulangan yang tidak menepati syarat. 



Gambar Produk mungkin berlainan dari yang sebenarnya (sehingga 10%) akibat perbezaan monitor serta penggunaan pencahayaan diluar kawalan kami

Saiz Produk yang dijahit mungkin terdapat perbezaan sedikit +/- 2cm

Info Anda terutamanya Nama Penuh, Alamat serta No Telefon yang sebenar perlu diberikan. Kami tidak menggunakan info anda selain berhubungan belian anda insya Allah.

Terima kasih atas kepercayaan anda. Semoga anda sentiasa berpuas hati dengan barangan serta servis kami insya Allah. Amin


Share:
Copyright © Tudung Labuh Center. Managed by Galeri Solehah Ent (2012-2019)